Saturday, June 20, 2015

Untitled :)

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari Ramadhan yang ketiga. Special tau hari ni. Rasanyalahh.

Hari tu baca dalam internet, salah satu cara nak tingkatkan tahap IQ adalah dengan menulis kerana ianya boleh merangsang kognitif otak. Bila dah tahu tu, terus terasa nak menaip. kann. Haha. Typical human.

Hari ni juga, Sya ambil ujian bahagian I lesen kereta. Punya debar mak ai sebab takut kena ulang. Kalau ulang, kena bayar lagi 28 hinggit. kenott. Duit tu baik beli top up. Hahaha. Alhamdulillah lepas minimum requirement. Cakap pasal top up, teringat lah handphone. My number cannot be reached, just in case any of you has contacted me as it has broken down. Yayy!! Rosak akhirnya. Tak payah pakai phone. Sape2 yang rindu tu, kalau ada contact Sya, maaf lah yer tak balas. *perasan* 
Tapi2, bila tak pakai phone ni, rindu lah pulak dengan kawan2 fp, jtk, systole diastole, orang persendirian (tehahh, miyahhh) and etc.

zikry: loveeee
adam: gaya semutt
naqhi: "Abende adam buat tu"
halim: peace retro gitu dekat mata
nabil: "saya suka posisi saya, mesti nampak kurus dalam gambar"
 *kembang hidung*
ajid: u e u aa ting tang walla walla bing bang
ikhwan: muka masam awat nohh
hariz: cantik lah tuu. PM mata
faiq: gaya naruto shippuden
wan: "bersedia !"  dengan pistol tangan
alyssa: next top model
sarra: ayu nyerrr. PM gigi
rawdhah: mmmm mmmm mmmm
adriana: "this floor matches my clothes. I love it!"

not in picture: hazeem, megat, kak afiqah, danial, rowland, ayyub




So, handphone digantikan dengan adik baru. Jeng jeng jeng.

Rasya ada adik baru???
Ada. Adik jantan. Sangat comel macam kaklong dia.*perasan lagi*

Nama apa??
Rizky. Panggil dia binatang pon tak kisah

Ada pulak panggil adik binatang.
Ye lah sebab dia memang binatang. 

Huh???
Okay, haiwan lah sopan sikit. Dia adalah seekor.... kucing :3


p/s: gambar tak de. Limited edition.

Boleh tahan lah ada kucing kat rumahh. Bestt. Terubat rindu dalam hati dekat seseorang. Hahaha. Acah2 jer.

Sekarang dah bulan 6, nak masuk degree , lambaat lagiiii. Bulan 9. Cuti masih panjang.
Cuti panjang2 ni banyak jugak faedahnya. Kalau kita buat perkara yang berfaedah lah kan.

Boleh main masak2 kat dapur sampai berasap satu rumah sebab hangus. Time ni lah nak praktis masak. Biar lah kadang2 masak menjadi. Kadang2 tawar. Kadang2 tak cukup itu ini. Sama lah macam hidup. Kena praktis hidup susah. Praktis cara nak adapt dengan orang. Semua kena banyak bersabar.  Practice makes perfect kann.

Yang paling ketara sekali adalah masa Sya luang dengan keluarga. Kalau ikutkan, lepas ni ada ke tak lagi masa untuk keluarga terutamanya parents. Waktu ni lah boleh keluar ikut parents jalan2 sambil sembang2. Dengar cerita diorang. Lepas ni,  tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk bersama diorang. Either kita dulu atau mereka. Wallahu'alam.

 I always think about it every time I want to tuck in myself in bed. How am I supposed to handle it when my beloved people are gone forever from my sight? I can't imagine how my life will be later on. Have I been a good daughter for all this time? Are they happy with my presence in this world? How can I contribute for them?

 Sesungguhnya, dalam kubur nanti seseorang akan terputus segala benda di atas dunia ini kecuali tiga perkara:-
 1)Ilmu yang bermanfaat
 2)Amal jariah
 3)Anak yang soleh

For that reason, insyaAllah, let us, each of us, change for good. Be a better person for a shimmering , glowing, sparkling and bright future.

So, this is a random post and I have tried so hard not to mix my language in a sentence, for some of it. Perhaps for a better writing. Nanti kena saman bawah akta bahasa , kanun 14, seksyen 5, nombor 8: pengunaan bahasa yang bukan bahasa. Okay, kena tipu. Tak de pon akta macam tu. *macamlah korang percaya*

Di kesempatan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya samada rapat atau tak, kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya samada saya sengaja nak sakitkan hati anda atau tak, kepada sesiapa sahaja yang terkena amarah saya tanpa saya sedar atau tak dan kepada sesiapa yang membenci saya samada saya tahu atau tak.

Maaf seribu maaf. Dua puluh jari saya susun mohon maaf atas segalanya. *termasuk jari kaki sekali* InsyaAllah, may Allah grants the best for us.

Just sharing my 2 cents,
RASYA





0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template