Sunday, June 28, 2015

Terbang atas tanah.

Salahkah andai aku sudah tidak mahu terbang lagi? Salahkah jika aku hanya memilih untuk berjalan? Perlukah aku mengikut kaumku yang lain?

Tidak.

Aku tidak mahu terbang, bukan kerana aku tidak mampu. Namun, aku ingin tahu bagaimana rasanya untuk berjalan seperti sang semut.

Berenang seperti sang buaya.

Menyusur seperti sang ular.

Bergayut seperti sang monyet.

Melompat seperti sang katak.

Perlukah aku terbang seperti burung-burung yang lain?

Tidak.

Tak salah andai aku tidak mahu terbang. Namun, aku lupa, untuk aku melakukan semua itu, aku memerlukan kekuatan.

Aku fikir aku cukup kuat. Aku lupa.

Sering kali mencuba untuk berjalan, aku makin ragu untuk terbang.

Apa… aku boleh terbang lagikah?

Maka aku keseorangan.

Aku tidak mampu berjalan seperti sang semut.

Berenang seperti sang buaya.

Menyusur seperti sang ular.

Bergayut seperti sang monyet.

Melompat seperti sang katak.

Aku hanya mampu melihat kaumku terbang ke sana dan ke sini. Sesekali mereka singgah, namun hanya untuk seketika sebelum terbang lagi.

Siapalah aku kini? Aku yang dahulu disanjung kerana sayapku, kini diabaikan.

Tak mengapa.

Aku bukan tidak mampu terbang. Aku yang tidak mahu terbang. Andai aku terbang lagi, akan kuterbang lebih tinggi dari semua.


Aku janji.

*****

Sometimes you just feel tired having to bear everything in your heart.

But tiredness doesn't mean that you are allowed to give up.

That leaves you with two choices.

Keep on moving, in hope that one day you're gonna find happiness

or

Simply give up...

Adios,
Mierah Aziz

Cheering for my lovely Rasya.. Semoga bertemu inspirasi ;)

0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template