Saturday, June 27, 2015

K e s i l a p a n


Kesilapan.
Semua orang pernah buat silap.

Semua orang ada sesuatu yang disembunyikan daripada tatapan orang lain
baik segi luaran dan dalaman.

Semua orang ada kelemahan.

dan  semua orang ada perasaan selagi dia adalah manusia yang mempunyai seketul daging dalam badannya iaitu hati. Malah binatang pun ada perasaan. Perasaaan kasih dan sayang.

Apa yang paling menyakitkan hati sendiri ialah apabila tibanya saat kita melakukan sesuatu di mana kita tahu perbuatan itu hanyalah menipu diri kita sendiri.

Katakan aku benci penipu.

tapi kenapa aku sendiri yang menipu terutamanya terhadap orang yang aku sayang.

Aku mengaku, aku pernah buat silap. Aku tersilap jatuh ke dalam sesuatu yang aku ingatkan akan membahagiakan diriku. 

Apa yang lagi teruk ialah aku silap kerana aku tidak pernah ingin melepaskan sesuatu yang mungkin tidak pernah wujud lagi.

Adakah ini bahagia kalau aku berasa sakit di sini?
Adakah ini bahagia kalau air mata bertandang di mata?
Adakah ini bahagia yang aku inginkan selama ini?

Kalau sakit sebagai balasan, kenapa masih jatuh?
Kalau sakit sebagai balasan, kenapa masih mengharap?

Harapan. Satu-satunya perkara yang masih ditinggalkan untuk aku walaupun itu adalah harapan ciptaan aku sendiri. 

Apa itu bahagia?

Moga harapan ini seiring dengan bahagia yang mendatang.


Another side of me,
RASYA

#testing2



0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template