Wednesday, April 2, 2014

Kelas .

"Go on and try to tear me down, I will be rising from the ground, like a skyscraper" - Skyscraper , Demi Lovato.

Assalamualaikum w.b.t. and good day people .


********************

Syasya - budak popular
Fina - budak bijak

Kami sekelas. Tapi kami jarang bercakap. Dia lain, dia popular, ramai orang suka dia. Aku? Orang jumpa aku pun sebab nk pinjam kerja sekolah. Aku sunyi. Walau kelas aku bising, tapi aku tetap sunyi. Aku nak sertai mereka, tapi siapalah aku.

Kami sekelas. Tapi kami jarang bercakap. Dia lain, dia bijak, ramai orang senang dengan dia. Aku? Aku selalu gelak tapi jauh dalam hati aku, aku sunyi. Kadang-kadang aku nak duduk diam-diam macam dia, nampak tenang walau tiada teman.

"Kau buat apa Fina?"
"Siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi tadi."
"Fina... kau tolong ajar aku boleh? Aku lemah la subjek ni."
"Boleh, kau nak aku ajar yang mana?"

Dia popular, tapi dia tak sombong rupanya. Aku nampak, dia cuba layan aku macam dia layan orang lain. Mungkin, aku je yang adakan jurang antara kami. Jurang antara budak popular dan budak kurang popular. Wujudkah jurang ini sebenarnya?

Dia bijak, tapi dia tak kedekut ilmu rupanya. Aku nampak, dia berusaha ajar aku sampai aku faham. Mungkin, aku je yang fikir dia cuba mengasingkan diri. Asingkan diri dari orang macam aku. Dia budak baik, aku kagum dengannya.


********************

Dunia ini dilihat dari pelbagai perspektif. Hanya kerana kita melihat bukan dari perspektif orang lain, tidak membuatkan org lain salah. Sebab itu, hampir mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Kerana kita melihat sebab dan pandangan yang berbeza.

Peka. Pandangan kita akan menjadi lebih luas.

Bersyukur. Kerana ada orang ingin menjadi kita.

Be strong. You have your own superpower.

Make the world a better place :)



p/s : this is my first attempt to write inspiring short stories . this story might not be inspiring at all but I'll try to improve next time . and I don't know if my conclusion is relevant to the story . hehe .

Makcik,
Mierah Aziz :)

0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template