Wednesday, April 9, 2014

Cara nak kira markah merit bagi lepasan SPM 2013 (aliran sains)

Assalamualaikum~

Special untuk Mirah Aziz. :3

Seperti yang semua tahu, sistem kemasukan pelajar (UPU) tahun ni guna sistem meritokrasi.
Oleh sebab tak sabar sangat nak masuk Universiti, jom belajar nak kira kita punya merit. Aha

Bagi setiap gred, ada nilainya.

A+      18
A        16
A-      14
B+     12
B       10
C+       8
C         6
D        4
E        2
G        0


Mula-mula kira markah akademik dulu.

1- 90 markah akan diambil dari 5 mata pelajaran berikut

a)Matematik
b)Matematik Tambahan
c)Fizik
d)Kimia
e)Biologi / Prinsip Perakaunan / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan

                    Tambah kan semua ikut markah merit kat atas--------a 


2- 30 markah pula akan diambil dari 3 mata pelajaran terbaik yang 

            So, yang ni ambil subjek kita yang ada gred tertinggi selain subjek di atas 
                                            dan campur kan --------b


3- Untuk markah akademik, kita akan campur markah 5 subjek utama dengan 3 subjek terbaik

      Markah subjek utama aliran = [ (a) x 90 ] bahagi 90 .........jawapan : c

       Markah subjek terbaik = [ (b) x 30 ] bahagi 54 ..............jawapan : d


Jumlah markah akademik =  [ (c + d)  x 90 ] bahagi 120 
* dapatlah markah akademik*


4- Markah Merit = Markah akademik + markah kokorikulum( yang ni rasanya semua dah tahu kan. ada kat sijil koko. ambik dalam bentuk point tau, jgn %)


Done! faham ke x? guna equation sikit eh. 

So Mirah, boleh lah nak kira >.<

sumber: buku panduan kemasukan pelajar oleh KPM

0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template