Showing posts with label Rasya. Show all posts
Showing posts with label Rasya. Show all posts

Friday, October 16, 2015

Yayayaya

0 comments
Assalamualaikum and hyep

Honestly, rindu sangat2 dengan kawan2 UM. Even since day 1 masuk orientasi, selalu dah compare UM dengan USM. Kira macam tak rela sangat lah masuk USM. Dah lah duduk tingkat atas sekali. Habis naik muscle kaki I (lol). Berat hati sangat macam lagu "separuh jiwaku pergi" tuuu but then apa yang kita tak suka tu mungkin baik untuk kita. Kan kan kan.

Sekarang dah masuk blok ketiga belajar which means that dah 7 minggu di USM sejak hari mendaftar. So far, life in USM okay lah. Okay2 jer. Tapi hari demi hari makin gembira sebab makin dapat ramai kawan. Makin expose dengan hidup kelate ni. Yes kena admit lah yang ore kelate ni ada jah baik dengan buruknya.

But let me highlight things that make me unhomesick here in USM Kube Kerie

1) Roomates gilas
Alhamdulillah sangat dapat roomate yang gila, bukan gila macam kat rumah bahagia tu tapi gila as in bising2. Jap, ada lah jugak sikit2 ciri2 orang gila di rumah bahagia. Bahaha. Tpi diorang ni bukan bising2 saje. Bila study jer fokus sangat. Sya yang dalam bilik tu pon dah menggeletaq sebab rasa paling malaih study. Setakat ni happy jer hidup dengan diorang. Tak ada lagi episod drama tv3: hidupku seperti bunga layu di tasik madu (sape yang pergi mbb rekreasi faham)

from left: imamah, rini and fariha

2)Senior baik2
Ni serius betol. Waktu first masuk dulu senior Pasum med even belanja kitaorg makan kfc. hewhew.  Seronok lah kan orang belanja. Lepas tu dapat tips2 berguna lagi. Berkurang lah homesicknya walaupun home tak beberapa nak jauh sangat. Most of senior Pasum Med pon orang hebat2. Pegang jawatan besar2 macam mpp, vice , pres itu ini. Macam wow jugaklah sebab diorg boleh manage masa dengan mantop. (Thumbs up)

candid


3)Kos sara hidup murah
Ni paling bersyukur. Seperti yang semua tahu, kat sini tak de lah wayang, mall2 yang grand meletop kebabom tu. Kat sini ada mydin jer haaaa. Haha. Okaylah kan daripada tak de pape. Kiranya lokasi USM ni membangun lah jugak. Banyak deretan kedai. Pizza Hut, Domino, KFC, Secret Recipe, Coolblog etc. Kira banyak jugak duit tu habis kat makanan and benda yang paling menyinari hidup student USM untuk satu minggu tu adalah pasar malam hari jumaat (lol. ye ke?) Pasar malam kot. Bau2 menusuk oesophagus. Makanan kat sini pon murah. Satu hari tu memang boleh sangat nak budget rm5 jer. Huihui.



InsyaAllah lah boleh survive di Kelate dengan selamat (Weyyh, macam nak pergi perang). Kat sini pon banyak program dan mostly program2 yang ada memang menjaga batas antara lelaki pompuan. That's a very good thing lah. Haa, ada  sorang kakak senior cakap macam ni, "Awak mungkin tak suka awal2 kat Kelantan ni sebab tak biasa tapi lama2 nanti awak akan rasa duduk sini rasa tenang sangat" Kita tunggu dan lihat kayy.

All in all, Kelantan and USM is not as bad as I thought before. (Cehh, mcm x pernah duduk Kelantan) Im looking forward for more great memories.





saje pinjam gambar Lingesh sat


p/s: Doakan Sya dapat mengharungi hidup sebagai seorang  pelajar perubatan dan Mierah untuk cekal menyelesaikan assignmentnya yang bertimbun timbun :)

Just sharing my 2 cents
Raja Syazwani





Tuesday, August 25, 2015

Throwback sikit2

0 comments

Bila yang tertulis untukku 
adalah yang terbaik untukmu
kan ku jadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
Kenangan Terindah- Samson


Assalamualaikum and hyep.

Sya tengok balik album lama2 kan. Haha. Macam nak gelak, nangis, malu dan etc. Semua ada. Tapi mostly banyak rindu dan menyesal sebab tak menghargai detik2 yang ada.

Kembali kepada zaman sekolah rendah dulu sampai lah masuk asasi. Banyak lah benda yang belajar dari orang2 yang dah Sya jumpa. 

Sya pernah jumpa pompuan yang cantik sangat tapi perasaan diva
Sya pernah jumpa orang yang hati kering gila2 sampai tak kesah orang cakap apa pon kat dia
Sya pernah orang yang berani sangat sampai lawan cikgu dan tipu nombor telefon ayah dia depan2
Sya pernah jumpa orang yang nampak macam tak tahu apa2 tapi masyaAllah, sangat berkarisma
Sya pernah jumpa orang yang banyak cakap tapi malas buat kerja
banyak lagi lah

Most importantly, Sya jumpa kenalan, kawan dan sahabat.

Tiga perkataan berbeza yang mempunyai maksud yang lebih kurang sama tapi nilai sentimen yang sangat ketara. 

No need to elaborate on that because everyone has their on definition. It is subjective. 

Tanpa disedari, umur ni dah makin meningkat. Biarlah orang cakap baru 19 tahun tapi rasanya 19 tahun hidup ni, ada buat sesuatu yang berguna tak untuk saham diri dunia akhirat? Allah tak janji nak hidupkan diri ini sampai 91 tahun tapi kenapa masih leka dengan semua keseronokan di dunia?

Harapnya bila tinggal selama 5 tahun nanti di negeri serambi Makkah, hati akan lebih terbuka untuk tinggalkan perkara lagha.

Okay, back to the topic. Bukannya nak berletiaq panjang pon cuma nak mengimbas memori lalu. Nanti dah tua2, baca balik blog ni mesti gelak sorang2. 


this is soooo innocent

kita blurr2 kan sikit sebab kitaorg mmg blurr



mock iv 

this is when diorg sanggup tunggu sampai petang sebab wani tinggal sorg2

BETA
p/s: untuk BETA, wani nak mintak maaf sangat2 sebab wani rasa bila conduct choir tu, wani cepat marah. Korg je lah yg sabar dengan wani. Heee, thx for that. 

ehhh, sape kena denda tu???
hehehe *evil face*

mat ri ye!

geng seni yang cun lagi hot. haha
p/s: seni ke????
my one and only Mierah Aziz 



thx korg belanja makan. laen kali buat lagi. >.<

zee--haishh--tuhh
untk sem 1

ekss--haishhh--tuuh
untuk sem 2


its halim's fault the girls look so short esp me. Haish

#menantupilihanmakawak
haha

Kami memang kuat makan

Systole Diastole
My up and down during PASUM
asmidar
sebab gmbr dia tak der kat atas

last event/khidmat di UM as a fasilitator pelajar


Haha. Banyak gambar. Rinduu bila tengok gaambar2 ni. Harap nanti boleh jumpa lagi jodoh yang baik2. Thanks for the memories either good or bad. I really appreciate it.

Sape2 yang mengenali diri ini, Raja/Rasya/Wani/Kaklong mohon ampun banyak2. Seriusly, kalau tak puas hati ke apa, just PM me directly. I want to be a better person.

Byep

by RAJA SYAZWANI

Tuesday, August 18, 2015

Survive PASUM?

0 comments
Assalamualaikum

Hyep. Recently, ramai lah jugak adik2 PASUM tahun 2015 ni tanya kat akak soalan sama je, mcm mana nak survive PASUM?!?!

Siapalah Sya ni kan nak bagi tips2 tapi I would like to share with you what I did during my PASUM life.

Waktu first2 dapat tawaran PASUM ni, actually tak tahu pon UM ni the best university in Malaysia. Hehe. Perasaan tu macam biasa2 jer lah kan. Tak de lah excited mana. Macam biasa, I googled about PASUM life. Some of it memberikan pencerahan lah pasal asasi ni. Honestly, masuk asasi sebab tak tahu dah nak pilih yang mana. Heee (peace)

Takdir membawa Sya ke PASUM. Awalnya dapat kolej 6. Perghh, best gila. Bilik 2 orang. Suasana tak bising. Loker besar. Best lah daripada duduk kat asrama dulu. Tapii yang tak bestnya, Pusat Asasi Sains tu - tempat kuliah, jauhhhhhh. huhuhu. Pagi2 dah kena turun bukit, lintas jalan, menyeberangi padang, lintas jalan lagi, naik bukit lagi then baru sampai kat PASUM tu. Memang peluh setiap hari. Apatah lagi kalau lambat. Haha. Thanks to that, I turun 3 kg kayy. (3 je pon)

Nampak kan banyak masa yang guna waktu perjalanan dari kolej ke PASUM tu? Sambil jalan2 tu, Sya akan cuba hafal sikit2 tajuk yang ada especially BIO. Jalan slow2 sambil cakap sorg2. Contohnya tajuk Puan Mahanom, animal biodiversity tu kan. Kan ada banyak nama pelik2. Chepalopoda , annelida, etc. Bila banyak kali kita sebut benda tu, automatically kita akan mudah ingat.

Dalam 3 bulan kemudian, semua pelajar asasi kena pindah dan dikumpulkan dalam satu kolej iaitu Kolej Ungku Aziz ataupun KUAZ. Jarak antara KUAZ dengan PASUM tu agak dekat lah. Untuk atlet jalan laju macam saya ni, kadang2 5 minit dah sampai. hehe.

Every morning, jangan lupa ambik breakfast. Makan sikit untuk bagi diri bertenaga. Kalau Sya dah makan pagi, Sya takkan makan tengahari makanan yang berat2 dan banyak. Sebab apa? Sebab nanti nak sambung belajar, otak akan lebih tertumpu utk memberi arahan kpd perut kita untuk mencerna makanan2 tersebut yang akan menyebabkan otak kita kurang memberi tumpuan terhadap pembelajaran which eventually membuatkan kita ngantuk dlm kelas. Im not saying I have never sleep during lectures. Pernah jer kadang2 tidur dari lecturer start pegang mic smpi dia kluar dari dewan. Haha. Serius tak tipu.


Perbezaan sem 1 dan 2, Sya rasa sya lagi banyak struggle sem 1. In terms of studying. Bila dimuhasabah diri balik, banyak cara belajar yang tidak efektif. Contohnya, Sya suka tidur lambat. Kadang2 pukul 4 baru tidur. Bila keesokannya, terpaksa ambik nescafe sbb nak bagi segar. This action actually tidak memikirkan tentang kefreshan otak utk absorb maklumat pada keesokan harinya. Betul ke tak??? Otak memang perlukan tidur sebab otak perlu menyimpan dan memproses maklumat tu. Waktu tidur lah paling penting. Tidur tak cukup, boleh membuatkan kita kurang menghafal, kurang bertenaga dan sangat kurang sihat. Certainorang , diorang akan tidur awal dan bangun pukul 3-4  pagi utk study. Kalau Sya, Sya terpaksa tidur pukul 2 pagi (the limit) dan bangun pukul 6. Kalau tidur awal, nanti mmg bangun lambat jugak >.<

Efektif notes sangat penting. Untuk bio, I will do colourful notes because Sya ni orang yang visual. Waktu lecture, apa yang lecturer ckp, tu lah yg Rasya salin. Bila balik bilik, tengok balik apa yang dia cakap dengan lecture notes yang ada. Untuk math, calculus mmg memerlukan sedikit visual tapi kalau algebra tu, jawapannya memang kena selalu buat latihan lah adikk oii. Try to approach tutor2 jugak macam Cg Raihan sebab kadang2 diorang ada cara yang lebih mudah.

Untuk Bio atau organic chemistry, biasanya Sya akan baca satu topik tu sampai habis dan cuba menghafal. Bila rasa dah 60% hafal, Sya akan ketuk pintu bilik jiran dan cerita kat diorang apa yang Rasya baca tadi. Bila Sya cerita untuk kali kedua, I don't even have to refer to any notes sebab semuanya dah lekat kat kepala. Tapi kena selalu ulang sebab kalau tak mmg lupa jugak. One more, time tutorial, cubalah explain kat depan. Kalau ada salah, tutor ataupun lecturer akan tolong betulkan terus tanpa kita membawa ajaran sesat masuk final paper.

Memang kadang2 tak sempat nak fokus kat kesemua lapan subjek yang ada terutamanya kalau subjek yang tak suka, lagi lah malas revise. So, waktu sem 2, Sya akan ambik masa dalam 1 jam sebelum tidur utk baca balik tajuk yang dh belajar pada hari tersebut. Ataupun baca nota lepas yang diambil waktu lecture sebelum masuk tajuk baru utk subjek tersebut. Kenapa sem 2 baru start? Sbb rasa serba salah kalau tidur awal, tutorials belambak lagi tak siap. Nota2 ni macam ubat tidur lah. hoho.



Apart from that, waktu sem 1, I was quite busy sbb Sya waktu tu pegang jawatan setiausaha untuk Jogathon. Waktu tu agak tak terurus diri ni sebenarnya sebab first time jadi s/u. So, bila tengok orang laen belajar tapi kita tengah buat minit mesyuarat, rasa macam risau tau. Risau tak study macam orang laen. Rasanya sebab tu jugak lah Rasya akan betul2 study kalau time study. Tapi tak dinafikanlah ada jer topik yang tak faham tu sampai final, Alhamdulillah, Allah tolong. Tak de lah tinggal kosong jer kertas tu.


This is Adam, presiden Jogathon. Hari tu pernah ckp nak letak muka dia besar2 dalam blog. 


Untuk midsem and finals, jangan risau sangat. Soalan tak akan lari dari skop yang pesyarah ajar. So, buat lah tutorials tu sampai khatam. Buat dan fahami betul2 setiap soalan dalam tutorials tu. Kalau boleh ulang sampai 2-3 kali.

tolong menolong sesama kawan :)

cuba cari suasana selain dari bilik. Bilik= tidur. haha

Bukit Simen. Kalau stress belajar boleh lah nak exercise kat sini tapi kalau Sya once in a blue moon lah. hehe


So, there are some of the tips that I can think right now. Mostly, my motivation during PASUM comes from my friends and parents. Untuk PASUMian, all the best. Don't ever forget to ask from Allah. May Allah leads your way.

Chaiyokk!!!

RAJA SYAZWANI,
PASUM 14/15


Saturday, August 15, 2015

Demam UPU

0 comments
Assalamualaikum

Hello uolls. So, as we all know, result UPU dah keluar.

So, everyone will basically , being busy with all the cop sana sini, medical check up and etc3.

I believe the feeling and acceptance towards the results of our university entrance might be different for each of us.
yeayy!! hoorayyy!! or crying all the time , blaming the past and so on.
Above all, we should say Alhamdulillah.

Here is my story.
My mom, she always wanted me to go for this X course since I was little because she knew my results were not too bad. But as I grew up, I realised how big the sacrifices that I have to make if I go for that course until I decided during my SPM year - I will never go for the X course. However, I din't told my mom about that, just in case I will break her heart or I might changed. So, I went for Foundation in Science at UM for almost one year, hoping to find my passion in one of the subjects that I learnt.

As the year goes by, as every exams that I have gone through, I really don't know how but I see biology as the one. Simply because I can understand it easily  (with Allah, friends and lecturers help)  and for every topic, I found and realised great things about Allah's creations. Every complex things that He has created- so beautiful and so brilliant. Until one day I begin to think about my contribution to the society. How can I do that?

By listening to my own mother sacrifices, my heart suddenly whispered to me all the good things that I can do. It took me one semester to really think about it- the negative effects and at one moment, I feel the peak of desire to go for that course. And here it goes.

Alhamdulillah, Allah grants me with the course that my mom really hopes that I will go for. Although I din't managed to secure a place in UM (I wanted it like crazy) . My mom told me that , we won't get  everything that we want so we have to try  adapting with it. ( :'( ) For that, InsyaAllah, for the years coming, I will pull my socks up, trying to achieve my goals and my family wishes. One day. Amiiin. #sispulangkekelantan

So, that's the end of my story.

Untuk kawan2 yang lain. Tahniah diucapkan atas keputusan UPU.
Sya tahu, dalam kegembiraan most of our friends, ada jugak yang sedih dan kecewa dengan keputusan mereka. Mungkin sebab tidak mendapat course yang diingini, tempat yang jauh ataupun ada yang tak dapat langsung. I feel so sorry for you.

Tapi kita kena sama2 ingat, kata2 yang sangat cliche ni : Hidup ini umpama roda. Kadang2 di atas, kadang di bawah. 

Tak semestinya orang yang masuk degree ni berjaya. Tak semestinya orang yang tak masuk degree ni tak berjaya and vice versa. At the end of the day, semuanya terletak pada usaha kita sendiri. Sya yakin, apa2 pon keputusan Allah, itu yang terbaik untuk kita. Just have faith in Him and everything is gonna be alright.

Senyum sikit plis. Anda lebih manis bila senyum :)


Yours sincerely,
RASYA FARHANAH

p/s: btw, doakan kejayaan saya. I hope I will be strong enough to face the years coming :)

Tuesday, June 30, 2015

Special you

0 comments

You gotta know how to treat me like a lady
Even when I'm acting crazy
Tell me everything's alright
Dear Future Husband by Meghan Trainor

Assalamualaikum
Hye people
Hye girls
Hye Ladies
Hye, Hye, Hye

This post is specially dedicated to all the girls, ladies, women and myself.

Here is the thing.
I am tired of listening stories from my girlfriends about boys.
What is it about boys?
They cheated on you? They are trying to be 'friend' with you? Making your life misery? *sometimes*

I am tired of watching dramas dramas and dramas.
What is it about dramas?
Why can't you tolerate with each other? Why do you want to insult her?

I am tired of trusting people.
What type of people?
People who annoyed other people? People whom I dislike? What people?

I am tired of lying to myself.
I am a liar?
Am I lying when I said that I am happy with my friends? Am I lying about my own feelings?


What is it all about?

Girls, don't worry about problems.
Problems can be solved.

Girls, don't worry about being poor.
Money can be earned.

Girls, don't worry about friends.
True friends will never let you in troubles.

Girls, don't worry about being alone.
You will realise that you only have yourselves.

Girls, don't worry about boys.
Your prince will find you in the end.

Girls, don't worry about other people.
You live in your world, not theirs'.

One thing that I learnt a lot from my mistakes is that, you need to love yourself first before loving others.
Everyone can leave you at any time and

At the end of the day, you only have yourself to move on. Apart from Allah Who is Merciful.

So jyeah. Make yourself special in your own way and never loose yourself until you can't get yourself back. Cause I have been through those things and it's hard.

Think wisely and never let emotions lead you. After all, you only need to fight yourself.

love,
Rasya






Saturday, June 27, 2015

0 comments
Assalamualaikum

Hye

I am searching
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
searching....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
for.....
.
.
.
.
.
.
.
.
ideas
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BUFFERING




lalalala
#nopurpose






K e s i l a p a n

0 comments

Kesilapan.
Semua orang pernah buat silap.

Semua orang ada sesuatu yang disembunyikan daripada tatapan orang lain
baik segi luaran dan dalaman.

Semua orang ada kelemahan.

dan  semua orang ada perasaan selagi dia adalah manusia yang mempunyai seketul daging dalam badannya iaitu hati. Malah binatang pun ada perasaan. Perasaaan kasih dan sayang.

Apa yang paling menyakitkan hati sendiri ialah apabila tibanya saat kita melakukan sesuatu di mana kita tahu perbuatan itu hanyalah menipu diri kita sendiri.

Katakan aku benci penipu.

tapi kenapa aku sendiri yang menipu terutamanya terhadap orang yang aku sayang.

Aku mengaku, aku pernah buat silap. Aku tersilap jatuh ke dalam sesuatu yang aku ingatkan akan membahagiakan diriku. 

Apa yang lagi teruk ialah aku silap kerana aku tidak pernah ingin melepaskan sesuatu yang mungkin tidak pernah wujud lagi.

Adakah ini bahagia kalau aku berasa sakit di sini?
Adakah ini bahagia kalau air mata bertandang di mata?
Adakah ini bahagia yang aku inginkan selama ini?

Kalau sakit sebagai balasan, kenapa masih jatuh?
Kalau sakit sebagai balasan, kenapa masih mengharap?

Harapan. Satu-satunya perkara yang masih ditinggalkan untuk aku walaupun itu adalah harapan ciptaan aku sendiri. 

Apa itu bahagia?

Moga harapan ini seiring dengan bahagia yang mendatang.


Another side of me,
RASYA

#testing2



Saturday, June 20, 2015

Untitled :)

0 comments
Assalamualaikum

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari Ramadhan yang ketiga. Special tau hari ni. Rasanyalahh.

Hari tu baca dalam internet, salah satu cara nak tingkatkan tahap IQ adalah dengan menulis kerana ianya boleh merangsang kognitif otak. Bila dah tahu tu, terus terasa nak menaip. kann. Haha. Typical human.

Hari ni juga, Sya ambil ujian bahagian I lesen kereta. Punya debar mak ai sebab takut kena ulang. Kalau ulang, kena bayar lagi 28 hinggit. kenott. Duit tu baik beli top up. Hahaha. Alhamdulillah lepas minimum requirement. Cakap pasal top up, teringat lah handphone. My number cannot be reached, just in case any of you has contacted me as it has broken down. Yayy!! Rosak akhirnya. Tak payah pakai phone. Sape2 yang rindu tu, kalau ada contact Sya, maaf lah yer tak balas. *perasan* 
Tapi2, bila tak pakai phone ni, rindu lah pulak dengan kawan2 fp, jtk, systole diastole, orang persendirian (tehahh, miyahhh) and etc.

zikry: loveeee
adam: gaya semutt
naqhi: "Abende adam buat tu"
halim: peace retro gitu dekat mata
nabil: "saya suka posisi saya, mesti nampak kurus dalam gambar"
 *kembang hidung*
ajid: u e u aa ting tang walla walla bing bang
ikhwan: muka masam awat nohh
hariz: cantik lah tuu. PM mata
faiq: gaya naruto shippuden
wan: "bersedia !"  dengan pistol tangan
alyssa: next top model
sarra: ayu nyerrr. PM gigi
rawdhah: mmmm mmmm mmmm
adriana: "this floor matches my clothes. I love it!"

not in picture: hazeem, megat, kak afiqah, danial, rowland, ayyub




So, handphone digantikan dengan adik baru. Jeng jeng jeng.

Rasya ada adik baru???
Ada. Adik jantan. Sangat comel macam kaklong dia.*perasan lagi*

Nama apa??
Rizky. Panggil dia binatang pon tak kisah

Ada pulak panggil adik binatang.
Ye lah sebab dia memang binatang. 

Huh???
Okay, haiwan lah sopan sikit. Dia adalah seekor.... kucing :3


p/s: gambar tak de. Limited edition.

Boleh tahan lah ada kucing kat rumahh. Bestt. Terubat rindu dalam hati dekat seseorang. Hahaha. Acah2 jer.

Sekarang dah bulan 6, nak masuk degree , lambaat lagiiii. Bulan 9. Cuti masih panjang.
Cuti panjang2 ni banyak jugak faedahnya. Kalau kita buat perkara yang berfaedah lah kan.

Boleh main masak2 kat dapur sampai berasap satu rumah sebab hangus. Time ni lah nak praktis masak. Biar lah kadang2 masak menjadi. Kadang2 tawar. Kadang2 tak cukup itu ini. Sama lah macam hidup. Kena praktis hidup susah. Praktis cara nak adapt dengan orang. Semua kena banyak bersabar.  Practice makes perfect kann.

Yang paling ketara sekali adalah masa Sya luang dengan keluarga. Kalau ikutkan, lepas ni ada ke tak lagi masa untuk keluarga terutamanya parents. Waktu ni lah boleh keluar ikut parents jalan2 sambil sembang2. Dengar cerita diorang. Lepas ni,  tak tahu berapa lama lagi masa yang ada untuk bersama diorang. Either kita dulu atau mereka. Wallahu'alam.

 I always think about it every time I want to tuck in myself in bed. How am I supposed to handle it when my beloved people are gone forever from my sight? I can't imagine how my life will be later on. Have I been a good daughter for all this time? Are they happy with my presence in this world? How can I contribute for them?

 Sesungguhnya, dalam kubur nanti seseorang akan terputus segala benda di atas dunia ini kecuali tiga perkara:-
 1)Ilmu yang bermanfaat
 2)Amal jariah
 3)Anak yang soleh

For that reason, insyaAllah, let us, each of us, change for good. Be a better person for a shimmering , glowing, sparkling and bright future.

So, this is a random post and I have tried so hard not to mix my language in a sentence, for some of it. Perhaps for a better writing. Nanti kena saman bawah akta bahasa , kanun 14, seksyen 5, nombor 8: pengunaan bahasa yang bukan bahasa. Okay, kena tipu. Tak de pon akta macam tu. *macamlah korang percaya*

Di kesempatan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin meminta maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali saya samada rapat atau tak, kepada sesiapa yang terasa hati dengan saya samada saya sengaja nak sakitkan hati anda atau tak, kepada sesiapa sahaja yang terkena amarah saya tanpa saya sedar atau tak dan kepada sesiapa yang membenci saya samada saya tahu atau tak.

Maaf seribu maaf. Dua puluh jari saya susun mohon maaf atas segalanya. *termasuk jari kaki sekali* InsyaAllah, may Allah grants the best for us.

Just sharing my 2 cents,
RASYA





Tuesday, June 9, 2015

Oh My IV : Mybrainsc

0 comments
Assalamualaikum~

Hyep. Okay, sekarang nak citer pasal iv tadi yang baru sahaja beberapa jam yang lepas berlaku.
Cerita dia macam ni. Sya mohon mybrainsc waktu duduk PASUM dulu dan dapat ujian psikologi waktu MANDETA hari tu. Alhamdulillah, iv pon dapat dekat Universiti Malaysia Terengganu which is dekat lah compared to Sabah waktu awal2 dia set tempat tu =.=

Waktu iv pukul 8 pagi-6 petang dan dia suruh datang 15 minit awal . So, malam tu Sya bukan main sakan tidur awal before 0000 sbb nak make sure datang awal. 0340 terjaga. Tidur balik. 0530 terjaga. Tidur balik. 0630 terjaga lagi. Pon tido balik. Tup2, dah pukul 0743 pagi in the morning and I was like krik3. *wushh dgn pantas bersiap pukul 8* On the way nak pergi iv plak, jalan ikut jambatan plak jam so terpaksa lalu jalan lain dan eventually sampai pukul 0830 pagi. *yeay, 30 minit lambat* dan dapat nombor giliran yang ke 30 out of 34.

Takpe lah kan, dah memang salah sendiri peluk bantal tak ingat dunia tuh. So, I wait and wait and wait........So imagine, dalam 1 jam tu, dari pukul 0900 sampai 1000, hanya 2 sesi jer (masuk 2 by 2) and I was like okayy... 30. Hmmm, dalam pukul 1600 kot. So, I took the chance spending time chatting with Datin Diana and several of the candidates. Lpas tunggu , tunggu. zohor. sembahyang dulu and then asar, sembahyang terus lah kan. tick tock tick tock dah pukul 1730 and I was like "erghhh!!! berjanggut dah tunggu ni* . Sampai Sya ws Mierah, boleh tak nak dush2 prof kat dalam tu. Ohoks2 *jangan ikut*

Akhirnya, sinar cahaya datang jua, Sya dipanggil masuk.
"257, Raja Syazwani"
bangun dan masuk bilik, tengok2 ada keropok. Nyumm3, perutku dah menari sbb tak makan tengahari.

So, dalam tu ada 2 prof dari UMT sendiri ambik bidang apa, I dont know. soalan pertama dia.....

jeng

jeng

jeng

"rumah kat Pengkalan Setar, dekat mana ni?"

Sya jawab, "Dekat Bukit Payung tu, Jalan Atas Tol"

Seem unhappy with my answer. " Mano ni, saya duk Pengkalan Setar jugak. Dekat dengan Sungai Derhaka tu kan. Lalu mana, kalau ikut gelugor, kanan ke kiri?"

and I was, krik3. hermm, kanan ke kiri???

And I calculated about 5 minutes, we talked about my house di mana dia pon tak kenal Kilang Bata Tok Bulan dan Tauke Emas Nazeri. *haluan berbeza*

Then, dia baca satu borang.

"ouh, 4 flat ni. Mintak no berapa biologi dalam pilihan upu?"

"Nombor 3, first medik, second farmasi"

lepas tu prof pompuan tu tanya plak pasal band muet dapat brp and i answered 4.
then," okayy. awak tak payah lah mintak mybrainsc ni. Nanti  dapat medik ni. Dulu ada budak dapat 4 flat tapi band 3 , x dapat medik. awak ni sambung je lah belajar medik tu, insyaAllah dapat"

*myheartcries* aku duk tunggu berbelas jam sbb nak dengar dia cakap , pergi Medik, awak tak dapat bio punya. Zuppp.

Tak semua budak 4 flat band 4 dapat medik. choiii. That was the end of iv. My iv dalam 10 minit jer but others ada sampai 40 minit.

So, lessons learnt here:

1. Datang awal. Kalau dia suruh datang pukul 8 , pukul 6.30 pagi tu make sure dah keluar rumah. *over* pakai wangi2. make sure ambik breakfast. Kalau perut berbunyi time iv, susah nak concentrate.

2. First choice. Kalau nak mintak mybrainsc, make sure pure science is ur first choice dalam upu ke, um ke, usm ke. Sebab peluang nak dapat sangat tipis, ada 700 orang di-interview, tapi dia cuma pilih 100 orang jer.I believe dia akan pilih yang betul2 serius.  Dann, biasiswa dia mewah lah jugak beb. 6000 satu semester utk perbelanjaan and not to mention other priviledges that you can get. Btw, biomed, biohealth, engineering bukan pure science ye adik2. cuma BIOLOGI, CHEMISTRY, PHYSICS, MATHEMATICS 

3. Isu Semasa. Belajar mengenai isu semasa atau perkara yang related dengan course yang akan anda ambil nanti. Contoh soalan yang salah seorang candidates tu dapat berbunyi, " Apa faktor kejatuhan wang ringgit dunia?' (lebih kurang lah soalannya tapi dia tanya pasal mata wang dekat budak yang apply course Mathematics.

Haa, tu je lah kot. So, this is my first time iv di mana kena reject depan2 tapi prof tu ada jugak cakap, "saya sokong kalau awak dapat BIOLOGI" and another prof pandang dia and said, "Ye ke?" I think that was funny. Macam comel jerr.


Anything happened, Allah dah tetap dah pon kita punya rezeki kat mana. Go with the flow. 
Alas, 
Keep calm and enjoy the interview


sincerely,
RAJA SYAZWANI

Sunday, April 26, 2015

Mereput part 2- exam wehh!!!

1 comments
Bismillahirrahmanirrahim

"Saya doakan Arif Ahmad Sabri, Farida Hamimi, Wan Ezzeriq dan rakan2 seperjuangan  yang laen dapat menjawab soalan peperiksaan dengan mudah dan tenang. Amiin"

Assalamualaikum

Hye there. Thanks sebab sudi doakan kawan2 saya yang sedang pulun untuk final skrang ni. Mudah mudahan semuanya berjalan lancar. Cakap pasal final. Tetiba teringat plak masa final dulu. jengggg.....

*budak ni flashback dah*

My final exam was so a heartbreak. So, so. especially statistics. Rasa macam nak nangis jer masa jawab tu sbb ai mmg bukan otak stats. Tapi sebab depan semuanya lelaki. I control lah. Kennot kay. *flipshawl*

My worst experience time final exam is... hmmm, actually not much. Paling teruk pon blank time jawab paper. B L A N K . Macam blackout tu. Rasa fius semua tercabut. Tak dapat fikir apa2. Completely lost. Lpas tu mulalah. 

"Cikgu x pernah ajar ni"
"Eh jap, ni blajar bila ?' 

Jeng2. Dah amnesia. Haha. Perangaii. Salahkan orang jer kan. Ish2. Jangan dok buat tabiat nohh.

But I met a friend , Fatin Farzana. Lagi banyak dugaan kena a night before paper. Dalam minggu exam tu jugak . Mak  ai, sakit perutnya. Muntahnya, Demam. Apa lagi sakit yang x kena? Kita yang tengok ni pon tak sampai hati nak tengok sleeping partner kita susah kann. but... I bet in every hardship that we face, there must be something rewarding awaits right? InsyaAllah. Pajaaa, dengaq tuh.

Orang putih cakap, let bygones be bygones. Each of us knows what we have done. Is it enough to pass with flying colours? or is it just enough to keep you in the battle? The battle in education and work. *battlescarsss.....*
Tadi pakcik pon cakap , dulu nak kerja jadi drebar , mintop jer. Sekarang ni? Alahaii, ikut nasib yer. 
*that's another story*

So, time exam ni, what did you guys do for your preparation?

Perhaps all of us ada kita punya kaedah tersendiri kan but yang paling penting kat sini saya nak pesan *wohoi, me sound old* , dont ever forget to pray. Doa. Minta. Ask. Mana tahu kalau ada rezeki. Minta ketenangan. Minta hidayah. Minta pengakhiran yang baik. Allah kan Maha Penyayang. *wink*

One more, apa yang saya selalu buat. Tengok gambar mak ayah. Remember why you started. I will never look back. Result lpas yang baik, yang buruk. Semuanya dah lepas. Dah tak de pape untuk dikenang. Dah x de pape untuk dibanggakan. Semangat untuk buat yang terbaik tu lagi membara-bara dalam diri. Sampai keluar asap ikut mata. 

Alas,


sumber : google

You guys can do it!!! Well, final jer pun. Lalala. 

by Rasya.

p/s: maaf bahasa rojak.


Friday, April 24, 2015

Mereput

4 comments
There comes a day when u realize that things are not the same anymore



Assalamualaikum.

So ,yeah. Apa cer?

So, I'am officially 'mereput'. Jahaha. It has been almost a month, I think, since PASUM ends. And yes, yes, yes. I miss being a PASUM student. Want to know more about PASUM? Please read more.

PASUM. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya atau ada orang panggil singkatan untuk Perjalanan Aku Sebagai Umat Muhammad. And yes, it has been approved that PASUM is the best matriculation level in Malaysia! Wow! Wow! Wow!

Dah namanya pon terbaik, belajar pon WOW jugak lah kan. Basically, hidup kami hectic . Tak terurus terutamanya waktu nak midsem atau final. Makan entah ke mana. Nak mandi pon macam membazir masa. Rambut macam Albert Einstein! K, over. PASUM untuk our batch, 2014/2015, ada 3 aliran. Sains Hayat, Sains Fizikal  dan Alam Bina. Subjek wajib untuk Hayat and Fizikal : Matematik ( wajib lulus), Kimia dan Fizik. Biasalah budak hayat kena ambil Biologi dan Fizikal Sains komputer and Math Engineering.  THE LECTURERS ARE AWESOME ! Budak Alam Bina buat apa? Membina lah kan , sculpture lah, tu lah ni lah. Eden pon x faham . Bla..bla..bla. *this post is getting boring*

Apa yang paling best time PASUM , bagi saya adalah pengalaman dan pengorbanan tu. *acecece* Kalau awak masuk PASUM, seriously awak akan jumpa ramai pelajar cemerlang. Bukan sahaja akademik, malah kokurikulum. Pandang kanan, pandang kiri, pandang depan, pandang belakang. Pergh, stress rasa. Macam2 genius yang boleh jumpa. X nak cakap banyak, but believe me, if u put urself in the situation where everyone pulls their socks  up, U will definitely give out all what u have tapi..... ada tapinya. Tapi, itupun kalau awak sedar betapa hidup awak di hujung tanduk kalau masuk asasi ni. Awak skor atau awak tak. dan tengok rezeki awak kat mana. Ramai yang masuk sini dengan straight A's tapi di tengah2 jalan, kena tendang keluar. Kan dah rugi kat situ. Takut tak? Tak? k, fine.

I met lots of awesome people in PASUM. I learnt so much from them. So much. Meh nak perkenalkan satu persatu kat Mirah.


Usually, I am solitary. Mirah pon tahu tu. Tapi kat sini, PASUM, Sya selalu lepak dengan diorang since awal sem 2. And for your information, I got band 4 for cakap loghat kedah from them. Terer kan?  lolol

hari last final exam sem 2
azwo. pajaa. dilah. me. jemoh. hehe. nama glamor ni

tambah sorang lagi. Asmidar, Dia ada kucing bambam. Meow.

Dalam kelas plak, selalu duduk dengan makcik Sarawak ni. Siapa lagi nak menggila dengan Sya dekat PASUM. Hajar ni cantik orangnya, ayu, pandai. Patutlah ada orang tu berkenan. uhuk2. terbatuk plak. p/s: Hajar cakap I lun bawang . hahaha. *x habis2*

Hajarrrr.

Next is Sarra Hayati. Hubungan kami bermula sejak bersama2 bekerjasama menjayakan Jogathon. That is my first experience as a secretary sampai lah kami jadi JTK. *jodoh panjang*  Sarra2, ada satu pantun ni. Nak masak kuey teow taekwondo, tali pinggang kuning jer. #krik2 #janganbashsaya. haha. gurau. x lawak pon tapi Ajid suruh gelak. lel.



And beloved JTK. Family huh? To be frank, I adore all of you. (almost all of you) Nak cakap proses menjadi JTK tu macam pejam celik, tiba2, watikah pelantikan. 5 bulan sem 2 tak terasa panjang langsung. Start dua tiga minggu , first programme and second programme and third until Majlis Restu Ilmu. tup2, dah final. And then MANDETA. our last event before jumpa balik untuk fp. Kejap je kan masa berlalu.





#enigmaticescapade



#picit



More to come, insyaAllah. Mereput part2  bcos Im officially mereput and menggemuk.

Untill now, saya rasa bersyukur sangat sebab tak dapat MARA dulu. Rasa bersyukur sebab sesungguhnya Allah memang dah tetapkan yang terbaik untuk saya. And I wonder , what's next?


And for you, if you are reading this. I really miss our old 'us' . It hurts. Knowing that things are not the same anymore and seem will never be.
Mirah! I miss you.


Lots of love, Rasya.
Chow, Assalamualaikum.

Thursday, July 3, 2014

Changing

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Wahhhh~ lama tak update blog. Hohoho. Sapu2 sikit dah berhabuk ni. Mirah pon dah nak sibuk sekarang . Ye laaa, dah masuk kolej. Sya budak U. Hehehe.

Today is 3rd of July. Dah berapa hari dah ni puasa?

Sya tahun ni puasa kat UM. Beberapa hari sebelum raya baru balik. Habis raya ada midsem exam pulak. Hadoiii. macam trial SPM plak. Sekejap jer kan masa berjalan. Rasanya macam baru semalam pergi beratur panjang nak beli nasi kat Pusat Perubatan Universiti Malaya sebab kedai lain semua tutup (hari pertama puasa) lol.

 Hidup kat KL ni susah lah jugak. Sya as a student pon boleh rasa kepayahannya. Tengok orang kerja pemandu bas, cukup ke gaji diorang nak makan minum, tanggung diri dan keluarga untuk sebulan?

Makanan kat sini mahal2. Kalau kat dalam UM tu boleh tahan lah. Terutamanya Kolej Kediaman 12 sebab diorang ramai budak PASUM kat situ. Sya duduk Kolej Kediaman 6. Dah lah jauh kena jalan kaki. Lebih kurang setengah jam waktu awal2 dulu tapi sekarang rasanya kalau 15 minit tu dah sampai dah kot. *nampak tak kaki bertambah tough *wink2*  Makanan mahal lah jugak tapi  nak buat macam mana. Tapi3, kitaorang ada cool blog! acehh, macam lah beli selalu.

Cuaca kat sini tak menentu sangat untuk beberapa hari ni lah. Alhamdulillah sangat, hujan. Kalau tak, biasanya panasnya, huuuuh, Tuhan je lah tahu. Dengan jerebunya. Rasa macam awan tu tak de pon. Hoho. lebih2 jer. Ye lah, sekarang kan el-nino........ *krik3* x tahu nak ulas apa. Cuma boleh bersabar jer.

So, pembelajaran di UM ni boleh dikategorikan sebagai laju. Bertambahnya lagi subjek yang paling Sya suka sedunia iaitu Fizik diajar dengan cikgu yang sangat tak garang. zzzzzz. Huhh, biar je lah. Tapi nak ceritanya, kitaorang punya batch tahun ni , peraturan dia ketat sikit. Semua ubah sistem baru sebab adalah sebab2nya. Hoho.

Sya dapat ZH2 yang best lah jugak kot. Awal2 lagi. Harap dapat eratkan lagi hubungan antara kami. Dalam kelas ni ada 21 orang. Seorang bukan Islam. Ada orang Sabah, Sarawak, KL, Selangor, Melaka, Kedah, Johor, Penang, Terengganu (Sya!), Kelantan dan etc....



Kalau kira kat atas tu 21 orang x cukup sebab adalah sebab2 tertentu. Hohoho.

Yaaa, that's all, I think.

Akhir kata, *macam karangan dah* Sya nak ucap Salam Ramadhan buat Mirah dan sape2 yang baca post ni. Semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun2 sebelumnya.

Dan untuk Mirah, gudluck di Kolej Mara Banting. Jaga diri elok2. Kalau ada apa2, I'm always here for you.


p/s: Aziz busuk :P




Sunday, May 11, 2014

Memori tercipta

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Tik...tok...tik...tok....
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan aku bersama kesakitan untuk mengingati memori kita...


----------------------------------------------------------------------------
ok, kawasan ayat skema dah habis. lol

Haha. Okay, ni sekarang ni dalam mood rindu haa dengan budak2 Pengkalan Chepa. Rasya ingat lagi dulu waktu exam trial dengan SPM. Acece, flashback sket. So, dulu sebelum periksa trial dengan SPM tu, Sya banyak berkepit dengan orang2 ni. Jeng3~ Berkepit means banyak luangkan masa bersama k..in terms of study.



ABDUL HADI ZALHE

Hoho. K, budak ni memang pandai gila kalau subjek membaca. Serious. Kalau subjek Sejarah dengan PAI, selalu study dengan dia dan juga Nadh sebab dia macam buku teks. Hafal semua ayat2 . Siap ada akronim dan formula. Memang syiok ah belajar sebab macam tahu semua =,=

 Cewahh. Ingat lagi waktu Hadi ni dia hafal semua isi perlembagaan. Sya pun macam tercabar lah jugak. Memang semangat gila nak hafal. Tapi waktu SPM, satu pon tak terkeluar pasal perlembagaan especially kertas 2 tu. Aisehh, rasa macam geram gila sebab tak boleh nak  "muntah" dalam kertas Sejarah tu. Tapi tak per, itu semua ilmu. Acece dan Alhamdulillah, Sejarah dapat A. Wee~~



ARIF AHMAD SABRI

Ohok2. Ni mentor Fizik Sya dan hanya dia lah yang tahu betapa susahnya Sya dalam subjek Fizik ni. Walaupun jadi mentor fizik secara terpaksa atau unofficially, Sya berterima kasih sangat2 lah sebab tak pernah bosan dan sanggup ajar benda yang memang Sya dah banyak ketinggalan. K, tu jer. Lol. Terima Kasih.



MIERAH AZIZ

Okay, kita besarkan nama Mierah sebab Sya sayang Mierah. Eh2? Hehe. Macam mana lah Sya boleh kawan baik dengan Mierah kan? Mesti ramai tertanya2. Lol, *tertanya lah sangat* Rasanya Mierah dah cerita sebelum ni tapi tak per, nak cerita lagi. Waktu tu dekat Dewan Besar bulan puasa nak tunggu sembahyang Maghrib. Japp, macam mana ehh jadi. Macam tetiba jer. Kitaorang cakap2, gelak2, citer2, lpas tu nak study prep sama2, lepas tu jadi rapat. Haha. Macam tetiba jer. Tapi chemistry tu kuat. Acece.

Mierah paling sekejap kenal tapi paling banyak ada dengan Sya waktu Sya memerlukan. Ingat lagi waktu trial tu, sedih yang amat sangat tapi Mierah is always there by my side. Mierah pon ada jugak ajar Sya Fizik sebab dia tahu Sya memang dah patah semangat dah dengan Fizik waktu tu. Tapi Mierah tetap ada dan Sya sangat...huhu, tak tahu nak cakap cena. Sangat bersyukur sebab jumpa Mierah waktu tu. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Basically, Mierah is one of my motivation during my school days. And InsyaAllah in the future. I love you Mokcikk~ Hehe



KHAWARIZMIS

uuuh, Khawarizmis. macam gangster jer bunyi. *trololol*  Hehe. Haa, thanks korang sebab jadi classmates Sya for two years. Orang cakap dekat bau tahi, jauh bau wangi. Haa, lebih kurang lah. Kan sekarang baru nak rindu2. Hehe. Siap ada video lagi. Ni Farida Hamimi buat. *clap sket*



p/s: kucing pon ahli keluarga Khawarizmis.

And to all my beloved teachers, thanks a lot. I mean trillions of thanks. Hehe. 
Matematik- Cg Nik Fatihan and Teacher Sarah
Addmaths- Cikgu Aziz
Bio-            Teacher Zaitoon
Chemistry-  Teacher Wani
Physics-       Sir Hafiz dan Sir Zainal Abidin
BM-            Cikgu Wan
BI-              Madam Nurun, Sir Muaz
Sejarah-      Cikgu Fahmin dan Cikgu Ju
PAI-            Ustaz Zabedi , Ustaz Afnan, Ustazah Norihan
PSV-           Cikgu Aizat dan Cikgu Ismi
Kauseling-   Cikgu NoorAzila dan Cikgu Ayu

Semua yang mengajar 4 dan 5 Khawaii, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Mintak maaf kalau ada yang tak sebut nama. Dan semua cikgu2 kat MRSM PC , sentiasa sabar dengan Synchroners selama ni.



Hehe, walaupun belum Hari Guru, takpe lah. Nah, untuk cikgu.


Yaaa, hidup di MRSM Pengkalan Chepa banyak ajar Sya dari pelbagai segi, bulat, etc... *=,=*
Tak dapat dinafikan , dulu rasa sunyi sebab sorang2 jer masuk MRSM PC ni, x de geng. Tengok orang laen, kebanyakannya ada geng dari PT lah, etc. Ye lahh, sedih sebab rasa tak de kawan yang kita boleh percaya.  Tapi lama2, dah macam biasa. Percaya dengan diri sendiri dulu baru nak percaya kat orang.

Nasib baik dah masuk sekolah asrama dulu sebelum pergi Universiti sebab dulu banyak buat kesilapan terutamanya dari teknik belajar dan kelakuan. Harap pada masa hadapan dapat ubah sikap jadi orang yang lebih baik. Betul lah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kita mintak dengan doa, kalau tak dapat, Allah ada simpan yang lain untuk kita. Apa-apa pon keadaan kita, bersyukur. That's the way to do it. Lol.

Kesilapan mengajar kita menjadi dewasa. Kepahitan mengajar kita menjadi manusia.

#mrsmPC di sini jua memori tercipta. aisehh... sila sambung sendiri.....

Sekian.




Sunday, May 4, 2014

Dah nak dekat dah~

0 comments
Assalamualaikum w.b.t

So, hari ni nak ceritanya pasal benda yang nak dekat dah.

Apa dia ehh? sape dapat jawab, dia pandai. zzzzz

hehehe. Benda yang nak dekat dah....jeng3.... keputusan nak masuk Universiti. jeng~

Lol. Perasaan tu macam bercampur-baur tau. Bila dikenang balik lebih kurang setengah tahun cuti kat rumah kann, apa yang aku dah buat masa yang ada ni?

Hoho. So, basically hari2 cakap . Bosann lahh. X tahu nak buat apa. Dan hari2 aku akan tanya soalan ni kat diri sendiri, "Hari ni nak buat apa ye?"

Kalau nak sum up daily routine aku, memang boleh sangat. Usually, bangun pagi *pagi ker?* buat kerja rumah dulu. Basuh baju, sapu sampah, basuh pinggan. Tunggu sampai pukul 10 pagi, baru nak mandi. ehe. And then, kadang2 tolong Ibu masak. Kadang2 tengok televisyen. zzzz. lpas tu, dahhh tak tahu nak isi masa dengan apa.

Dulu list selepas SPM bukan main semangat nak buat. Dan bila tengok result......48% lah tercapai.

hoho. So, orang kata keputusan UPU keluar 4/5 ni.... dah nak dekat dah haaa. Dan hari ni 4/5. Tak ada result keluar pon lagi. Zzzz. Haa, ni lah penyakit remaja zaman sekarang. Suka hebahkan perkara yang tak pasti. Same goes with gossips. Sebab tu jangan percaya sangat rumours tau. Sebab dia rumours. Okay?

Dalam hati selalu cakap, cepatlah masuk universiti. Dah rindu gila nak belajar.
Hoho. Ingat lagi masa duduk MRSM PC. Aku ni jenis up and down. Kalau rajin, memang gila ah aku buat semua latihan cikgu suruh dan akan suruh. Tapiii kalau malass, dengggg. Jangan cakap ah. Tido jer kerja. Hoho. Tapi tu waktu dulu.

Lepas dapat universiti ni, tak kisah lah dapat mana pon. Aku nak janji dengan diri sendiri nak push diri habis2. InsyaaAllah nak istiqamah dan tak nak main2. Kalau jumpa subjek fizik lagi.... Siap2 lah. Sya nak balas dendam . *ehhh? dah laen bunyi dia*

Haa~ cepatlah Raja Syazwani. Cepatlah matang~




Saturday, April 12, 2014

Bosan sampai nak nangis

0 comments
Assalamualaikum~

Okay, i mean it. Bosan sampai nak nangis
Rasa macam sedih jer hidup macam ni
Rasa tak de arah, hala tuju, matlamat
Rasa bagai diri ini orang yang paling tak berguna sedunia

Oleh itu, hidup ini perlu ada cabaran
Untuk membezakan hari demi hari
Bukan sekadar menjadi anak dara
yang mereput di rumah sendiri

Sakitnya hati bila tiada apa yang perlu dilakukan
Robeknya hati bila ilmu tidak dapat digunakan
Hancurnya hati bila nikmat waktu tidak diisi

Perlukah salahkan diri?
Atau persekitaran ini?

Salahkan diri

Ya , salahkan diri. Itu sahaja pilihan yang ada. Bila rasa amal sudah cukup banyak untuk dibawa sebagai bekal. Bila hati cukup tenang membawa diri ke khalayak ramai. Bila puas melakukan apa yang berguna untuk masyarakat. Adakah begitu?

Aku pon tidak tahu.



Introducing me- Nick Jonas

0 comments

Jyeah. time bosan2. tengok blog lama then jumpa lyrics lagu ni. Siapa ingat lagi?

Aha, best kan. Macam Nick Jonas tengah nyanyi lagu untuk aku. *ahaks*

Ni zaman bila lah nii kan. Waktu muda2 dulu. Aiseh. Haha


Wednesday, April 9, 2014

Cara nak kira markah merit bagi lepasan SPM 2013 (aliran sains)

0 comments
Assalamualaikum~

Special untuk Mirah Aziz. :3

Seperti yang semua tahu, sistem kemasukan pelajar (UPU) tahun ni guna sistem meritokrasi.
Oleh sebab tak sabar sangat nak masuk Universiti, jom belajar nak kira kita punya merit. Aha

Bagi setiap gred, ada nilainya.

A+      18
A        16
A-      14
B+     12
B       10
C+       8
C         6
D        4
E        2
G        0


Mula-mula kira markah akademik dulu.

1- 90 markah akan diambil dari 5 mata pelajaran berikut

a)Matematik
b)Matematik Tambahan
c)Fizik
d)Kimia
e)Biologi / Prinsip Perakaunan / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Pertanian / Teknologi Maklumat / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan / Pengurusan Makanan

                    Tambah kan semua ikut markah merit kat atas--------a 


2- 30 markah pula akan diambil dari 3 mata pelajaran terbaik yang 

            So, yang ni ambil subjek kita yang ada gred tertinggi selain subjek di atas 
                                            dan campur kan --------b


3- Untuk markah akademik, kita akan campur markah 5 subjek utama dengan 3 subjek terbaik

      Markah subjek utama aliran = [ (a) x 90 ] bahagi 90 .........jawapan : c

       Markah subjek terbaik = [ (b) x 30 ] bahagi 54 ..............jawapan : d


Jumlah markah akademik =  [ (c + d)  x 90 ] bahagi 120 
* dapatlah markah akademik*


4- Markah Merit = Markah akademik + markah kokorikulum( yang ni rasanya semua dah tahu kan. ada kat sijil koko. ambik dalam bentuk point tau, jgn %)


Done! faham ke x? guna equation sikit eh. 

So Mirah, boleh lah nak kira >.<

sumber: buku panduan kemasukan pelajar oleh KPM

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template