Sunday, April 6, 2014

Aku......pendidik.

Assalamualaikum

Guru. Pendidik. Cahaya.

Aku ingin menjadi seorang pendidik. Tidak kiralah pangkat mana pon. Cikgu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, tuisyen, tutor, pensyarah.

Kerana aku ingin mengajar anak-anak muridku. Bukan sahaja ilmu tapi juga pengalaman hidup aku.

Aku ingin melihat anak didikku membesar menjadi seorang yang berguna. Berjaya dengan akhlak dan wawasan yang tinggi.

Aku ingin melihat anak-anak muridku menjadi pemimpin pada masa hadapan. Membangunkan negara di persada dunia.

Aku ingin menjadi inspirasi buat mereka meniti hari-hari yang sukar.

Menuju destinasi yang satu.

Sebelum aku bergelar pendidik. Aku mestilah terlebih dahulu diajar.
Mereka guru-guruku , tidak pernah aku lupai.
Dalam doa. Dalam hari-hari kehidupanku.

Saat aku mendapat keputusan yang kurang memuaskan. Aku menangis.
Aku menangis kerana kecewa dengan markahku
Tetapi mereka tetap berada di sisi saat aku memerlukan.
Tidak kira betapa banyak soalan bodoh yang aku kemukakan.
Mereka tetap  sabar dan berhikmah.

Mereka adalah cahaya.
Perantaraan Allah dalam mengutuskan ilmuNya yang sangat luas. Walaupun hanya sekecil habuk.
Itu adalah ilmu.

Jadi, terima kasih Guru.
Jasa anda amat dihargai.



p/s: apa Sya tulis nii??? zzzzz





3 comments:

  1. you're gonna be a great teacher , sya . hihi . sape ajar mirah admath ? lol you'll always have my endless support . know that :)

    ReplyDelete
  2. Wahhh, Mirahhh~ thank you :)
    Sayang Mirah. ngeee~ :3

    ReplyDelete

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template