Salahkah andai aku sudah tidak mahu terbang lagi? Salahkah
jika aku hanya memilih untuk berjalan? Perlukah aku mengikut kaumku yang lain?
Tidak.
Aku tidak mahu terbang, bukan kerana aku tidak mampu. Namun,
aku ingin tahu bagaimana rasanya untuk berjalan seperti sang semut.
Berenang seperti sang buaya.
Menyusur seperti sang ular.
Bergayut seperti sang monyet.
Melompat seperti sang katak.
Perlukah aku terbang seperti burung-burung yang lain?
Tidak.
Tak salah andai aku tidak mahu terbang. Namun, aku lupa,
untuk aku melakukan semua itu, aku memerlukan kekuatan.
Aku fikir aku cukup kuat. Aku lupa.
Sering kali mencuba untuk berjalan, aku makin ragu untuk
terbang.
Apa… aku boleh terbang lagikah?
Maka aku keseorangan.
Aku tidak mampu berjalan seperti sang semut.
Berenang seperti sang buaya.
Menyusur seperti sang ular.
Bergayut seperti sang monyet.
Melompat seperti sang katak.
Aku hanya mampu melihat kaumku terbang ke sana dan ke sini.
Sesekali mereka singgah, namun hanya untuk seketika sebelum terbang lagi.
Siapalah aku kini? Aku yang dahulu disanjung kerana sayapku,
kini diabaikan.
Tak mengapa.
Aku bukan tidak mampu terbang. Aku yang tidak mahu terbang.
Andai aku terbang lagi, akan kuterbang lebih tinggi dari semua.
Aku janji.
*****
Sometimes you just feel tired having to bear everything in your heart.
But tiredness doesn't mean that you are allowed to give up.
That leaves you with two choices.
Keep on moving, in hope that one day you're gonna find happiness
or
Simply give up...
Adios,
Mierah Aziz
Cheering for my lovely Rasya.. Semoga bertemu inspirasi ;)
Cheering for my lovely Rasya.. Semoga bertemu inspirasi ;)
0 comments:
Post a Comment
Please state your name . Thanks :)