Sunday, May 11, 2014

Memori tercipta

Assalamualaikum w.b.t

Tik...tok...tik...tok....
Begitu cepat masa berlalu meninggalkan aku bersama kesakitan untuk mengingati memori kita...


----------------------------------------------------------------------------
ok, kawasan ayat skema dah habis. lol

Haha. Okay, ni sekarang ni dalam mood rindu haa dengan budak2 Pengkalan Chepa. Rasya ingat lagi dulu waktu exam trial dengan SPM. Acece, flashback sket. So, dulu sebelum periksa trial dengan SPM tu, Sya banyak berkepit dengan orang2 ni. Jeng3~ Berkepit means banyak luangkan masa bersama k..in terms of study.



ABDUL HADI ZALHE

Hoho. K, budak ni memang pandai gila kalau subjek membaca. Serious. Kalau subjek Sejarah dengan PAI, selalu study dengan dia dan juga Nadh sebab dia macam buku teks. Hafal semua ayat2 . Siap ada akronim dan formula. Memang syiok ah belajar sebab macam tahu semua =,=

 Cewahh. Ingat lagi waktu Hadi ni dia hafal semua isi perlembagaan. Sya pun macam tercabar lah jugak. Memang semangat gila nak hafal. Tapi waktu SPM, satu pon tak terkeluar pasal perlembagaan especially kertas 2 tu. Aisehh, rasa macam geram gila sebab tak boleh nak  "muntah" dalam kertas Sejarah tu. Tapi tak per, itu semua ilmu. Acece dan Alhamdulillah, Sejarah dapat A. Wee~~



ARIF AHMAD SABRI

Ohok2. Ni mentor Fizik Sya dan hanya dia lah yang tahu betapa susahnya Sya dalam subjek Fizik ni. Walaupun jadi mentor fizik secara terpaksa atau unofficially, Sya berterima kasih sangat2 lah sebab tak pernah bosan dan sanggup ajar benda yang memang Sya dah banyak ketinggalan. K, tu jer. Lol. Terima Kasih.



MIERAH AZIZ

Okay, kita besarkan nama Mierah sebab Sya sayang Mierah. Eh2? Hehe. Macam mana lah Sya boleh kawan baik dengan Mierah kan? Mesti ramai tertanya2. Lol, *tertanya lah sangat* Rasanya Mierah dah cerita sebelum ni tapi tak per, nak cerita lagi. Waktu tu dekat Dewan Besar bulan puasa nak tunggu sembahyang Maghrib. Japp, macam mana ehh jadi. Macam tetiba jer. Kitaorang cakap2, gelak2, citer2, lpas tu nak study prep sama2, lepas tu jadi rapat. Haha. Macam tetiba jer. Tapi chemistry tu kuat. Acece.

Mierah paling sekejap kenal tapi paling banyak ada dengan Sya waktu Sya memerlukan. Ingat lagi waktu trial tu, sedih yang amat sangat tapi Mierah is always there by my side. Mierah pon ada jugak ajar Sya Fizik sebab dia tahu Sya memang dah patah semangat dah dengan Fizik waktu tu. Tapi Mierah tetap ada dan Sya sangat...huhu, tak tahu nak cakap cena. Sangat bersyukur sebab jumpa Mierah waktu tu. Kalau tak, tak tahu lah apa jadi. Basically, Mierah is one of my motivation during my school days. And InsyaAllah in the future. I love you Mokcikk~ Hehe



KHAWARIZMIS

uuuh, Khawarizmis. macam gangster jer bunyi. *trololol*  Hehe. Haa, thanks korang sebab jadi classmates Sya for two years. Orang cakap dekat bau tahi, jauh bau wangi. Haa, lebih kurang lah. Kan sekarang baru nak rindu2. Hehe. Siap ada video lagi. Ni Farida Hamimi buat. *clap sket*



p/s: kucing pon ahli keluarga Khawarizmis.

And to all my beloved teachers, thanks a lot. I mean trillions of thanks. Hehe. 
Matematik- Cg Nik Fatihan and Teacher Sarah
Addmaths- Cikgu Aziz
Bio-            Teacher Zaitoon
Chemistry-  Teacher Wani
Physics-       Sir Hafiz dan Sir Zainal Abidin
BM-            Cikgu Wan
BI-              Madam Nurun, Sir Muaz
Sejarah-      Cikgu Fahmin dan Cikgu Ju
PAI-            Ustaz Zabedi , Ustaz Afnan, Ustazah Norihan
PSV-           Cikgu Aizat dan Cikgu Ismi
Kauseling-   Cikgu NoorAzila dan Cikgu Ayu

Semua yang mengajar 4 dan 5 Khawaii, terima kasih, terima kasih, terima kasih. Mintak maaf kalau ada yang tak sebut nama. Dan semua cikgu2 kat MRSM PC , sentiasa sabar dengan Synchroners selama ni.



Hehe, walaupun belum Hari Guru, takpe lah. Nah, untuk cikgu.


Yaaa, hidup di MRSM Pengkalan Chepa banyak ajar Sya dari pelbagai segi, bulat, etc... *=,=*
Tak dapat dinafikan , dulu rasa sunyi sebab sorang2 jer masuk MRSM PC ni, x de geng. Tengok orang laen, kebanyakannya ada geng dari PT lah, etc. Ye lahh, sedih sebab rasa tak de kawan yang kita boleh percaya.  Tapi lama2, dah macam biasa. Percaya dengan diri sendiri dulu baru nak percaya kat orang.

Nasib baik dah masuk sekolah asrama dulu sebelum pergi Universiti sebab dulu banyak buat kesilapan terutamanya dari teknik belajar dan kelakuan. Harap pada masa hadapan dapat ubah sikap jadi orang yang lebih baik. Betul lah, Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita. Kita mintak dengan doa, kalau tak dapat, Allah ada simpan yang lain untuk kita. Apa-apa pon keadaan kita, bersyukur. That's the way to do it. Lol.

Kesilapan mengajar kita menjadi dewasa. Kepahitan mengajar kita menjadi manusia.

#mrsmPC di sini jua memori tercipta. aisehh... sila sambung sendiri.....

Sekian.




0 comments:

Post a Comment

Please state your name . Thanks :)

 

RASYAmirah - another heart of ours :) Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template